fbpx

Penumpang pesawat American Airlines kena kencing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penumpang didakwa membuang air kecil ke atas penumpang lain di dalam pesawat American Airlines ketika dalam penerbangan dari New York ke Delhi pada Ahad lalu. - NurPhoto/Getty Images

NEW DELHI  –  Seorang penumpang pesawat milik syarikat penerbangan American Airlines ditahan kerana didakwa membuang air kecil ke atas penumpang lain, lapor portal berita Wion News semalam. 

Lelaki itu dilaporkan mabuk dan bertengkar dengan penumpang terbabit, manakala  insiden berlaku dalam penerbangan tanpa henti dari New York ke New Delhi kelmarin.

Dia  diserahkan kepada polis tempatan Delhi kerana kelakuannya yang mengganggu penumpang-penumpang lain.

“Seorang penumpang yang didakwa mabuk membuang air kecil pada penumpang lain. American Airlines telah merekodkan kenyataan mangsa.  Ia menyerahkan suspek kepada agensi penguatkuasaan undang-undang. Dokumen bertulis telah diserahkan,” kata seorang pegawai kanan Direktorat Penerbangan Awam.

Syarikat penerbangan itu dalam aduannya kepada polis tempatan dan pengawal selia penerbangan, Direktorat Penerbangan Awam (DGCA) mendakwa bahawa terdapat penumpang mabuk membuang air kecil ke atas penumpang lain.

Namun, Polis Delhi berkata, kenyataan daripada penumpang itu gagal untuk membuktikan dakwaan tersebut.

“Kakitangan (American Airlines) tidak berkongsi siapa yang membuang air kecil atau di mana dia berbuat demikian dalam pesawat. Penumpang-penumpang yang duduk berhampirannya juga mengemukakan secara bertulis bahawa dia tidak membuang air kecil,” kata seorang pegawai kanan polis Delhi seperti yang dilaporkan oleh portal berita The Hindu.

Dalam satu kenyataan akhbar, American Airlines berkata bahawa seorang penumpang telah diserahkan kepada penguatkuasa undang-undang berikutan berlakunya gangguan di dalam  pesawat. 

The Hindu  juga melaporkan bahawa syarikat penerbangan itu akan mengadakan siasatan lanjut mengenai perkara tersebut mengikut prosedur dalaman. 

Pada bulan lalu, seorang pelajar  berusia 20 tahun dituduh membuang air kecil ke atas penumpang kelas perniagaan dalam penerbangan American Airlines dari New York ke Delhi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI