fbpx

Pengawal keselamatan ditemui mati ketika sedang bertugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri semasa bertugas di dalam pondok pengawal di sebuah sekolah menengah di Bachok semalam. -Foto POLIS

BACHOK – Seorang pengawal keselamatan ditemui mati semasa sedang bertugas di dalam pondok pengawal di sebuah sekolah menengah di sini semalam.

Mangsa, Wan Mohd. Khairul Azahar Che Zulkifli, 40, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai akibat jantung bengkak sehingga mengakibatkan saluran darah tersumbat oleh rakan setugasnya yang berusia 33 tahun di dalam pondok itu kira-kira 7.30 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Zohan Seman berkata, siasatan mendapati mangsa disedari meninggal dunia selepas dikejutkan oleh rakannya setengah jam sebelum tamat waktu bertugas.

Menututnya, mangsa sebelum ini pernah menerima rawatan kerana menghidap darah tinggi buah pinggang dan kencing manis.

“Siasatan mendapati, lelaki itu merupakan bekas tentera laut dan mempunyai seorang anak berusia 16 tahun mula bertugas bersama rakannya kira-kira pukul 8 malam kelmarin hingga 8 pagi semalam.

“Mangsa dipercayai mengadu penat dan hendak tidur. Selepas empat jam tidur, rakannya menyedari mangsa bangun untuk ke tandas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Zohan memberitahu, mangsa kemudiannya menyambung semula tidur sebelum ditemui tidak sedarkan diri oleh rakan setugasnya kira-kira pukul 7.30 pagi.

Katanya, pengawal keselamatan itu disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan yang tiba di lokasi kejadian kira-kira sejam kemudian.

“Siasatan mendapati, mangsa pernah menerima rawatan berkala di Klinik Kesihatan Pasir Puteh dan pernah menghidap angin ahmar pertengahan tahun lalu.

“Tiada sebarang tanda atau kesan yang boleh dikaitkan unsur jenayah dengan kematian mangsa di lokasi kejadian. Pemeriksaan di dalam beg mangsa turut menemui pelbagai jenis ubat dari klinik kesihatan,” katanya.

Menurut Mohamad Zohan, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu dan hasil bedah siasat mendapati kematiannya berpunca daripada jantung bengkak dan saluran darah tersumbat.

Tambahnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI