fbpx

Pemuda maut, motosikal gagal potong bertembung kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal mangsa selepas terlibat kemalangan di Kilometer 36, Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Felda Chiku, Gua Musang, hari ini. Foto IHSAN POLIS

GUA MUSANG – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta ketika cuba memotong sebuah kenderaan lain di Kilometer 36, Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Felda Chiku, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.15 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Syahrol Azwan Mohd. Rofi, 21, dari Jerantut, Pahang, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tercampak di atas jalan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, mangsa menunggang motosikal jenis Honda FS150FJ dari arah Kuala Krai menghala ke Gua Musang, cuba memotong kenderaan di hadapannya.

Katanya, keadaan itu menyebabkan motosikal yang ditunggang mangsa bertembung dengan sebuah kereta jenis Perodua Axia yang datang dari arah bertentangan dan bergesel dengan sebuah van jenis Econovan yang berada di depan.

“Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu kereta jenis Perodua Axia cedera ringan dan kini dirawat di Klinik Kesihatan Chiku 3 di sini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Choon Foo memberitahu, mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI