fbpx

Peluang Aaron-Wooi Yik tebus maruah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON (kanan) dan Wooi Yik bakal turun dengan motivasi lebih tinggi pada saingan BAC kali ini selepas mereka tewas pada perlawanan akhir tahun lalu.

BEREGU lelaki No.1 negara, Aa­ron Chia-Soh Wooi Yik berpe­luang untuk kembali mendapatkan prestasi terbaik mereka menjelang Kejohanan Badminton Asia (BAC) yang dijadualkan membuka tirainya hari ini.

Aksi di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) itu dilihat sebagai medan terbaik buat juara dunia berkenaan membuktikan kemampuan sebenar sebelum pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 bermula Mei depan.

Prestasi Aaron-Wooi Yik selaku gandingan utama negara menjadi persoalan sejak ke­belakangan ini apabila mereka menampilkan aksi hambar pada kejohanan Terbuka Jerman, Seluruh England (All England) dan Terbuka Switzerland.

Pengarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky percaya kedua-dua anak buahnya itu sudah bersedia sepenuhnya bagi menebus semula maruah mereka yang sudah tercalar.

“Persiapan mereka berjalan lancar dan mereka sudah siap (bersedia) sepenuhnya. Harapan saya kali ini supaya mereka dapat bermain seperti mana yang ditunjukkan dalam sesi latihan,” kata pengendali dari Indonesia itu.

Aaron-Wooi Yik dijangka turun dengan motivasi lebih tinggi pada edisi kali ini memandangkan mereka terlepas gelaran Asia tahun lalu selepas tewas kepada wakil Indonesia, Pramudya Kusumawardana-Yeremia Rambitan di perlawanan akhir.

Bagaimanapun, beregu yang berada pada ranking No. 2 dunia itu dijangka mengharungi laluan sukar apabila perlu berdepan Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin dari Indonesia seawal pusi­ngan pertama.

Sekiranya layak ke pusingan kedua, Aaron-Wooi Yik perlu melepasi halangan pemenang pi­ngat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Lee Yang-Wang Chi Lin dari Taiwan jika mahu melangkah ke suku akhir.

Pada masa sama, Rexy turut menjelaskan, saingan BAC juga dijadikan sebagai pentas bagi menilai keberkesanan latihan simulasi video yang dilakukan dua kali seminggu ke atas Aaron-Wooi Yik.

“Berhubung sama ada berkesan atau tidak (latihan simulasi), kita tunggu dan lihat sahaja nanti mereka boleh buat ataupun tidak,” ujar beliau yang turut melakukan latihan sama terhadap beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI