fbpx

Netflix akan melabur lebih RM11 bilion dalam filem, drama Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan bangunan pejabat Netflix di Los Angeles, California pada 20 Oktober 2021. – AFP

SEOUL  –  Netflix akan melabur AS$2.5 bilion (RM11.12 bilion)  dalam kandungan Korea Selatan untuk tempoh empat tahun akan datang, kata ketua pegawai eksekutif (CEO) gergasi penstriman tersebut selepas beliau menemui Presiden Yoon Suk Yeol di Washington.

Korea Selatan mencatat status sebagai kuasa kebudayaaan global sejak beberapa tahun lalu susulan letusan kejayaan terutamanya menerusi filem pemenang anugerah Oscar, Parasite dan siri popular Netflix, Squid Game.

“Netflix gembira untuk mengesahkan bahawa kami akan melabur AS$2.5 bilion di Korea Selatan termasuk menerbitkan siri filem dan drama Korea untuk tempoh empat tahun akan datang.

“Pelan pelaburan ini adalah dua kali ganda lebih besar daripada jumlah keseluruhan yang dilaburkan oleh Netflix dalam pasaran Korea sejak kami melancarkan perkhidmatan kami di Korea,” kata Sarandos dalam satu kenyataan kepada AFP hari ini.

Menurutnya, Netflix mempunyai ‘keyakinan besar’ bahawa industri kreatif Korea Selatan berterusan menceritakan kisah menarik sambil memberi contoh kejayaan global siri drama, The Glory dan program realiti, Physical 100 baru-baru ini. – AFP 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI