fbpx

Jenazah cucu dan datuk mangsa nahas Cheneh selamat disemadikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Ubaidillah Zikri memangku jenazah anaknya, Alisha Mardhiah untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Suasana pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Rakit di sini apabila jenazah Alisha Mardhiah, 2, didukung bapanya, Muhammad Ubaidillah Zikri Adnan, 26, untuk dikebumikan hari ini.

Bayi perempuan tersebut antara enam yang maut dalam kemalangan ngeri melibat dua kereta Proton Persona di Kilometer 153, Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Pusat Latihan Khidmat Negara Cheneh, Kemaman semalam.

Muhammad Ubaidillah Zikri yang memandu kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tersebut kelihatan menahan sebak mendukung jenazah anak perempuannya sambil berjalan kaki menuju ke liang lahad tanah perkuburan itu.

Turut dikebumikan datuk tiri Alisha Mardhiah, Abd. Halim Ismail, 71, yang turut meninggal dunia dalam nahas berkenaan.

Jenazah mereka selamat disemadikan bersebelahan di tanah perkuburan berkenaan pada pukul 12.45 tengah hari semalam.

Terdahulu, Abd. Halim meninggal dunia di lokasi kejadian manakala Alisha Mardhiah pula sewaktu sedang menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Kemaman pada pukul 7.36 malam semalam.

Kedua-dua jenazah telah dibawa pulang rumah keluarga mereka di Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit di sini untuk disembahyangkan pada pukul 11.45 pagi.

Sementara itu, empat yang menaiki sebuah kereta Proton Persona lain iaitu Rosliza Mat Hussin, 38; Tuan Yah Dollah, 61; Nor Nadia Natasha Abu Bakar, 23, dan Nur Syafinaz Naura Saiful Azwan, 2, turut terkorban dalam nahas itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI