PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan hujan di empat negeri melibatkan Pulau Pinang, Pahang, Sabah dan Sarawak pada pagi ini.
MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan, hujan diramalkan di satu dua tempat di Pulau Pinang serta kawasan pedalaman Pahang.
“Dalam masa sama, tiada hujan di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor,” kata kenyataan tersebut hari ini.
Hujan di Sabah pula melibatkan satu dua tempat di Tawau, Sandakan selain Wilayah Persekutuan Labuan serta tiada hujan di Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat.
“Selain itu, hujan di Sarawak melibatkan satu dua tempat di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit dan Bintulu, manakala tiada hujan di Miri dan Limbang,” katanya. – KOSMO! ONLINE