PETALING JAYA – Amaran ribut petir dan hujan lebat dikeluarkan melibatkan beberapa kawasan di tujuh negeri pada petang ini sehingga pukul 7 malam.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, negeri-negeri tersebut ialah Pahang, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah.
“Pahang melibatkan Lipis, Raub, Jerantut dan Temerloh, Selangor di Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang, manakala Negeri Sembilan merangkumi Seremban, Port Dickson dan Rembau.
“Seterusnya, Johor di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang serta Sabah di Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat dan Tawau,” kata hantaran tersebut pada Facebook, hari ini. – KOSMO! ONLINE