fbpx

Warga emas ditemui mati dalam bilik air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang warga emas ditemui mati di Flat Paya Nahu, Sungai Petani pada kelmarin.

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga emas ditemui mati dengan kesan lebam pada leher di sebuah rumah di Flat Paya Nahu, di sini pada kelmarin.

Mangsa berusia 68 tahun itu ditemui dalam keadaan terlentang dengan kedua-dua belah kaki di atas kerusi plastik di dalam bilik air rumahnya pada pukul 9 malam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, mangsa ditemui oleh jirannya sebelum memaklumkan kejadian kepada pihak polis.

“Siasatan di lokasi kejadian mendapati mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih 24 jam sebelum ditemui berdasarkan keadaan mayat yang mula bengkak.

“Pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam pada leher mangsa dan kita sedang menunggu bedah siasat yang akan dijalankan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini dalam masa terdekat untuk mengetahui punca sebenar kematian,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, mangsa tinggal bersama seorang anak lelakinya berusia awal 30-an yang mengalami masalah mental dan lembam.

“Mangsa masih mempunyai isteri tetapi tinggal berasingan sejak lima tahun lalu ekoran masalah rumah tangga,” ujarnya.

Tambahnya, semakan rekod kesihatan mendapati mangsa menghidap penyakit darah tinggi dan sering mendapatkan rawatan di HSAH.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI