fbpx

Warga asing penuhi KLCC cuti Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video di sekitar Suria KLCC dipenuhi warga asing bercuti Aidilfitri.

PETALING JAYA – Di sebalik kemeriahan sambutan hari raya warga kota dengan pulang ke kampung menyambutnya dengan sanak saudara, berbeza pula warga asing di Malaysia apabila mengambil kesempatan cuti dengan memenuhi Suria Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Menerusi video dikongsikan pengguna TikTok di sekitar Suria KLCC, tempat tumpuan orang ramai itu dipenuhi warga asing, malah ada yang menyifatkan seolah-olah bukan lagi di Malaysia.

Warga asing tersebut memenuhi sekitar dalam pusat beli-belah terkemuka itu termasuk di bahagian luar Suria KLCC sambil bergambar dan menikmati suasana pemandangan bersama rakan-rakan.

Biarpun terdapat pengguna media sosial yang beranggapan kehadiran warga asing dengan jumlah yang ramai menjadikan rakyat Malaysia seperti asing di situ, ada juga menyifatkan itu sahaja cara mereka menyambut Aidilfitri di negara orang.

“Di Port Dickson pun sama, meriah ‘depa’. Mungkin waktu macam ini baru boleh berjalan ‘sakan’,” komen F&L-SHOP.

“Kasihan tengok tak dapat balik beraya. Waktu ini saja kawan satu negara bercuti. Okaylah buat ‘raso-raso’, kasihan mereka ni,” ujar minnie.

“Sebenarnya mereka tak ganggu pun. Raya pertama dan kedua sama saja. Mereka tak ada keluarga, jadi dengan cara ini mereka bersosial. Asalkan tak buat hal, tak ada isu,” komen pravin95554.

Sementara itu, seorang pengguna TikTok dipercayai warga asing meninggalkan komen menjelaskan waktu itu sahaja mereka boleh bercuti menyambut hari raya bersama rakan-rakan.

“Dua tiga hari saja cuti, dia orang ‘enjoy’. Lain hari kerja, kami tak ada keluarga di sini. Kami semua kawan-kawan, makan sama, solat sama-sama,” kata mdsaifuli. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI