fbpx

Tol percuma, aliran trafik di lebuh raya utama masih lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman televisyen litar tertutup di sekitar Plaza Tol Sungai Besi.

PETALING JAYA – Aliran trafik di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur pada hari ketiga Syawal kelihatan masih lancar setakat pagi ini.

Menerusi tinjauan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) Lembaga Lebuh raya Malaysia (LLM), Lebuh raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuh Raya Persekutuan, trafik kelihatan lancar.

Sama juga seperti di Lebuh raya Shah Alam (Kesas), Lebuh Raya Kuala Lumpur – Putrajaya (Mex) dan Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (Skve) dan Lebuh Raya Duta–Ulu Klang (DUKE).

Walau bagaimanapun, trafik kelihatan perlahan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dari arah Timur sebelum masuk ke Plaza Tol Gombak.

Dalam pada itu, di Lebuh Raya Plus @ E1, trafik dilaporkan perlahan ekoran kemalangan di KM 291.3 arah Selatan dari Simpang Pulai ke Gopeng.

“Lorong kiri ditutup sementara bagi kerja pengalihan kemalangan. Trafik perlahan sesak sejauh 3 kilometer (KM).

“Di lebuh raya yang sama, terdapat kemalangan KM 424.7 dari Bukit Tagar ke Bukit Beruntung, namun tiada lorong terhalang dan trafik dilaporkan lancar.

“Trafik turut perlahan di lebuh raya tersebut dari arah Utara, Slim River ke Sungkai,” katanya.

Menurutnya lagi, trafik di Lebuh Raya Plus @ E2, dari arah Utara, Senai ke Hentian Sebelah Simpang Renggam, kawasan rehat dan rawat (R&R) Machap (U) ke Ayer Hitam juga dilaporkan perlahan.

“Trafik perlahan arah Utara dari Skudai ke Sedenak disebabkan penambahan kenderaaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI