PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, angin kencang dan hujan lebat di sembilan negeri sehingga pukul 6 petang ini.
MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini berkata, di Kedah kawasan yang terlibat adalah Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu).
“Cuaca sama turut dijangka di Pulau Pinang melibatkan kawasan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.
“Seluruh Perak akan berdepan dengan cuaca buruk ini diikuti dengan Pahang (Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera) dan Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Klang).
“Kawasan di Negeri Sembilan yang terlibat pula adalah Seremban, Port Dickson, Jempol dan Tampin, Melaka (Jasin) manakala Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru),” katanya.
Dalam pada itu, ujar MetMalaysia, di Sarawak kawasan yang dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat adalah Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau), Miri (Subis dan Marudi) dan Limbang.
Tambahnya, cuaca sama turut dijangka di Sabah melibatkan kawasan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu) dan Tawau (Lahad Datu). – KOSMO! ONLINE.