fbpx

Mayat warga emas dijumpai terlentang dalam selut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat seorang lelaki warga emas yang dijumpai di dalam selut di kawasan bendang Pangkalan Haji Ali, Bachok semalam. -Foto POLIS

BACHOK – Mayat seorang lelaki warga emas yang dipercayai sakit jantung akibat salur darah tersumbat ditemui di dalam lopak air berselut di kawasan bendang Pangkalan Haji Ali di sini semalam.

Mangsa yang berusia 68 tahun dijumpai dalam keadaan terlentang di dalam selut itu oleh orang awam kira-kira pukul 12.40 tengah hari.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Zohan Seman berkata, pemeriksaan pada tubuh badan mangsa tidak menemui sebarang kecederaan.

Menurutnya, selain itu, tiada sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan kematian mangsa ditemui di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk dibedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati, punca kematian mangsa disebabkan salur darah koronari (jantung),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Zohan memberitahu, tiada sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematian mangsa.

Tambahnya, siasatan masih dijalankan dan kes tersebut setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI