fbpx

Maaf saya tak boleh jawab – Haqiem Rusli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAQIEM enggan memberi kenyataan mengenai spekulasi isterinya tidak lagi memakai hijab.

PETALING JAYA – “Maaf, untuk soalan itu saya tak boleh jawab”.

Demikian maklum balas penyanyi Haqiem Rusli mengenai tindakan isterinya Anis Sofea memadam gambar mereka berdua di Instagram yang mencetuskan tanda tanya ramai.

Lebih merancakkan spekulasi tersebut ialah apabila pemilik nama Wan Anis Sofea Wan Zamzuri itu hanya meninggalkan beberapa foto yang memperlihatkan dirinya tidak lagi berhijab penuh.

Secara tidak langsung, perkara tersebut seolah-olah sengaja mahu memberikan mesej atas tindakan dilakukannya (buka hijab) sebelum ini.

Sementara itu, seakan enggan memberikan sebarang jawapan selain enggan mencetuskan salah faham, penyanyi Tergantung Sepi itu hanya mengharapkan doa daripada orang ramai.

“Saya minta doa yang baik-baik sahaja,” katanya membalas lagi persoalan diajukan Kosmo! Online menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.

Ditanya mengenai sambutan hari raya bersama isteri tercinta, katanya mereka meraikan Syawal di ibu negara sahaja.

“Hari Raya ini, saya dan isteri menyambutnya bersama-sama di Hulu Langat,” katanya lagi.

Menerusi tinjauan dalam Instagram isterinya yang berusia 21 tahun itu, Anis meraih perhatian apabila memuat naik gambar hitam putih bersama Haqiem yang turut memaparkan rambut panjangnya yang cantik beralun.

Sejak semalam, nama Anis menjadi sebutan ramai selepas dia dilihat memadam foto dalam akaun Instagram.

Paling mencetuskan tanda tanya ialah dia seterusnya memuat naik foto tidak lagi memakai hijab.

Terdahulu pasangan sejoli itu disatukan sebagai suami isteri pada 19 November 2021 selepas dua tahun mengenali hati budi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI