fbpx

Kerani bank cedera dipukul sehari sebelum raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang kerani bank cedera akibat diserang seorang wanita, di Jalan Pandan, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, ketika kejadian wanita berusia 45 tahun itu bersama suami dan sepupu suaminya di dalam kereta.

Jelasnya, mangsa didatangi suspek warga tempatan sebelum ditarik keluar daripada kereta dan dipukul.

“Suspek turut menyerang sepupu suami menyebabkan masing-masing mengalami kecederaan di kepala, muka, tangan serta kaki.

“Suami mangsa yang cuba menghalang suspek bagaimanapun tidak cedera, cuma patah cermin mata,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Punca kejadian dipercayai suspek wanita sengaja menuduh dan terjadinya caci-mencaci antara mangsa dengan suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, lebih kurang pukul 6 petang, sepasukan polis menangkap tiga individu terdiri daripada dua orang wanita dan seorang lelaki di Pandan Jaya, di sini, semalam.

“Seorang wanita dan lelaki tersebut merupakan warga tempatan manakala seorang lagi wanita adalah warga asing. Kesemua mereka berusia lingkungan 34 hingga 52 tahun.

“Semakan rekod jenayah lampau mendapati hanya suspek lelaki sahaja mempunyai satu rekod jenayah,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan serta reman terhadap wanita warga tempatan dibenarkan dua hari sehingga hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI