fbpx

JSPT siap siaga aliran trafik tinggi hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Polis sudah bersiap siaga di lokasi-lokasi hotspot di lebuh raya, jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan bandaran yang berlaku kesesakan untuk orang ramai pulang ke ibu kota.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) berkata, elemen keanggotaan balai, kereta peronda, unit rondaan bermotosikal dan unit dron Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diatur secara sistematik bagi memastikan aliran trafik lancar dan terkawal.

Menurut JSPT, aliran jumlah kenderaan yang tinggi dilaporkan dari arah Selatan, Utara dan Timur menuju ke ibu kota menyebabkan kesesakan di kawasan mendaki dan penukaran tiga kepada dua lorong.

“Pihak kami telah bersedia untuk memastikan aliran trafik lancar bagi pengguna yang pulang ke Lembah Klang ekoran berakhirnya cuti umum Aidilfitri dan pengecualian bayaran tol Rahmah pada hari ini.

“Antara langkah penyuraian kesesakan yang dilaksanakan adalah pengaktifan laluan (Smartlane) di Lebuh raya Utara Selatan dengan kerjasama pihak Plus Berhad.

“Antaranya di di kilometer (KM) 159 Persimpangan Port Dickson hingga KM 263 Persimpangan Seremban (arah Utara),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, lokasi lain yang diaktifkan Smartlane juga adalah di KM19 Persimpangan Senai hingga KM 27 Persimpangan Kulai (arah Utara).

Dalam pada itu, JSPT mengalu-alukan sebarang info dan maklumat berkaitan kemalangan atau kesesakan luar biasa daripada semua pengguna jalan raya.

Jelasnya, orang ramai boleh menyalurkan kepada bilik gerakan trafik Bukit Aman di talian 03-22663356 yang bertugas 24 jam setiap hari.

“PDRM dan pihak konsesi Lebuh raya terlibat serta Lembaga Lebuh raya Malaysia sentiasa bekerjasama agar kesesakan yang berlaku dapat diminimumkan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI