fbpx

Gagal samun iPhone 14 malam raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian tersebut yang berlaku di Sungai Besar.

SABAK BERNAM – Tindakan berani seorang pekerja kedai telefon bimbit berjaya mengagalkan samun iPhone 14 Plus Promax bernilai lebih RM5,000 dilakukan dua suspek di Sungai Besar, kelmarin.

Kejadian kira-kira pukul 7.30 malam pada malam raya itu berlaku ketika suspek yang menaiki motosikal menyamar sebagai pelanggan dengan memasuki premis tersebut.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, kejadian ittu dikesan pihaknya menerusi satu video tular di media sosial  memaparkan tiga lelaki bergelut di hadapan kedai tersebut semalam.

Katanya, semakan lanjut mengesahkan satu laporan polis berkaitan kes samun dibuat seorang wanita yang juga penyelia premis berkenaan.

“Siasatan mendapati seorang pekerja wanita dan lelaki yang berada di kedai itu didatangi seorang suspek yang kononnya mahu membeli telefon jenis iPhone 14.

“Namun, suspek lelaki itu menyerang salah satu pekerja dan merampas telefon di atas meja kaunter jualan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, pekerja itu kemudian mengejar suspek hingga ke luar premis dan berlaku pergelutan.

Kata Agus Salim, semasa kejadian itu juga seorang lagi rakan suspek turut bergelut dengan pekerja tersebut.

“Ekoran pergelutan itu, kedua-dua suspek berjaya melarikan diri dengan menaiki dua motosikal manakala pekerja tersebut mengalami kecederaan dan telefon yang dirampas tercicir di lokasi kejadian,” ujarnya.

Tambah beliau, usaha memburu suspek sedang giat dilakukan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menyalurkannya kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Sabak Bernam,
Asisten Superintendan Khairul Azmani Mohd. Zain di talian 03-32242222,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI