fbpx

Enjin terbakar di udara, pesawat terpaksa berpatah balik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota keselamatan bergegas ke lokasi pesawat itu mendarat untuk memadamkan kebakaran. - JACDEC

COLUMBUS, OHIO – Sebuah pesawat American Airlines terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas enjinnya terbakar akibat terlanggar kawanan angsa, lapor laman berita Wion News semalam.

Insiden itu berlaku 25 minit selepas pesawat Boeing 737 itu berlepas dari Ohio awal pagi semalam.

Video kejadian yang tular memaparkan pesawat itu kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa John Glenn di Columbus ketika api muncul dan asap keluar dari bahagian enjin.

Menurut syarikat penyedia data penerbangan, FlightAware, pesawat itu berlepas dari lapangan terbang tersebut sekitar pukul 7:.5 pagi (waktu tempatan) menuju ke Phoenix, Arizona.

Bagaimanapun, sekitar pukul 8 pagi (waktu tempatan) iaitu ketika pesawat itu berlegar-legar di kawasan Upper Arlington, juruterbang mendapati sesuatu yang tidak kena pada enjin dan terpaksa berpatah balik.

Pada pukul 8:20 pagi (waktu tempatan), pesawat itu mendarat semula di landasan selatan lapangan terbang yang sama. Anggota bomba dan keselamatan lapangan terbang segera menghampiri pesawat dan berjaya memadamkan kebakaran pada enjin.

Pihak berkuasa mengesahkan bahawa tiada kecederaan di dalam pesawat dan lapangan terbang itu masih beroperasi.

Sementara itu, Pentadbiran Aviasi Persekutuan (FAA) telah membuka kertas siasatan berhubung perkara itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI