fbpx

Cuaca baik hampir seluruh negara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca cerah dan baik hampir seluruh Semenanjung serta Sabah dan Sarawak pada pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, bagaimanapun hujan diramalkan melibatkan beberapa tempat negeri-negeri Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.

“Hujan ini melibatkan beberapa tempat di kawasan pantai di Perlis dan Kedah serta satu dua tempat di Pulau Pinang dan Perak.

“Tiada hujan diramalkan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor,” kata kenyataan itu hari ini.

Dalam pada itu, hujan turut dilaporkan di satu dua tempat di Sabah pada pagi ini iaitu Sandakan dan Kudat, manakala tiada hujan di Pedalaman, Pantai Barat, Tawau serta Wilayah Persekutuan Labuan.

“Hujan di Sarawak diramalkan di satu dua tempat di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah serta tiada hujan di Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI