fbpx

Calon temu duga gagal kerana biadab dengan penyambut tetamu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengurus itu tidak merasakan lelaki tersebut sesuai dengan pekerjaan yang ditawarkan. - Getty Images/ iStockphoto

LONDON – Seorang lelaki yang menghadiri temu duga di sebuah syarikat gagal serta-merta kerana bersikap tidak mesra dengan penyambut tetamu, lapor portal berita Mail Online semalam.

Penyambut tetamu itu ternyata merupakan pengurus bahagian pengambilan pekerja di syarikat tersebut.

Berdasarkan  kisah yang disiarkan di forum perbincangan Reddit oleh salah seorang pekerja syarikat itu. calon tersebut dikatakan gagal 5 minit sebelum sesi temu duganya bermula.

Helah yang direka firma tersebut untuk menyingkirkan calon yang tidak mesra itu ternyata berfungsi dengan sempurna.

“Dia tidak mesra dengan penyambut tetamu. Wanita itu mengucapkan salam dan dia (calon) tidak bertentang mata dengannya.

“Wanita itu cuba berbual dengannya. Sekali lagi, dia tidak berminat untuk bercakap dengannya.

“Disebabkan interaksinya yang tidak mesra dengan ‘penyambut tetamu’, pengurus tersebut membuat keputusan bahawa dia tidak sesuai untuk pekerjaan tersebut,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI