fbpx

Tugas wajib lelaki, beli ais setiap kali raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video gelagat golongan lelaki ditugaskan membeli ais ketika hari raya.

PETALING JAYA – Bermula dari kanak-kanak hingga zaman bujang dan sudah berkahwin, bagai sudah menjadi tradisi apabila tugas wajib orang lelaki sewaktu Hari Raya Aidilfitri ialah membeli ais di kedai untuk minuman tetamu di rumah.

Menerusi perkongsian di media sosial, pengguna dalam kalangan lelaki bercerita tidak dapat lari daripada tugasan tersebut, biarpun telah memakai pakaian raya baju Melayu lengkap bersamping songket.

Berdasarkan video di TikTok, ada yang berkongsi membawa bungkusan ais menaiki motosikal, beratur panjang di luar kedai ais, malah ada yang mencari ais di kedai jauh dari rumah berikutan premis berdekatan kehabisan stok.

“Kebahagiaan lelaki pagi raya adalah beli ais,” kata Zakikilala memuat naik video di TikTok berpakaian hari raya sambil membawa ais menaiki motosikal.

“Baik jujur, siapa yang dah kena suruh pergi beli ais,” kata Iqmal berkongsi video mencari ais di sebuah kedai runcit.

“Macam biasa tugas membeli air batu atau ais. Susah nak dapat ais ni sampai KLCC aku cari air batu. Tak apa, janji dah selesai,” kata Faith Husaini menunjukkan video berada berdekatan KLCC.

“Ingat aku tak ada hati perasaan. Aku bersiap cantik-cantik, ‘hampa’ suruh aku beli ais,” seloroh HKM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI