PETALING JAYA – Keadaan trafik dilaporkan sesak hampir 6 kilometer (km) di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) menuju Plaza Tol Gemuruh, Kuala Terengganu, Terengganu ketika ini.
Tinjauan di media sosial menyaksikan beberapa pengguna lebuh raya tersebut menyatakan keadaan sesak itu berlaku sejak pukul 2 petang tadi dan ketika ini keadaan tersebut masih lagi berlaku.
Seorang pengguna media sosial, Hafizul Zainuddin yang turut berkongsikan beberapa keping foto ketika melalui lebuh raya tersebut menyatakan, keadaan sesak itu terus berlaku selepas plaza tol tersebut.
“Keadaan sesak terus berlaku di dua jalan utama menuju Kuala Terengganu serta menuju Besut dan Kota Bharu.
“Kebanyakan stesen minyak di sepanjang jalan utama juga ketika ini dipenuhi pengguna jalan raya untuk berehat dan mengisi minyak,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.