fbpx

Pertandingan sumo bayi cari juara menangis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang bayi memakai apron sumo menghadap bayi lain dalam gelang sumo di Kuil Sensoji di Tokyo. - Philip Fong/AFP/Getty Images

TOKYO – Berpuluh-puluh bayi di Jepun menyertai satu acara tradisional dipanggil ‘sumo menangis’ yang diadakan buat kali pertama selepas empat tahun, lapor akhbar Japan Today hari ini. 

Pada acara tersebut, dua bayi yang dipakaikan apron sumo dipegang oleh ibu bapa mereka secara berhadapan antara satu sama lain dalam gelanggang.

Kakitangan yang memakai topeng cuba membuat bayi-bayi itu menangis dengan peserta pertama yang meraung diisytiharkan sebagai pemenang.

“Kita boleh beritahu keadaan kesihatan bayi dengan mendengar cara mereka menangis.

“Hari ini mungkin dia berasa gementar dan tidak terlalu menangis, tetapi saya mahu mendengar tangisannya yang sihat,” kata Hisae Watanabe, ibu kepada seorang bayi berusia lapan bulan.

Pengerusi Persekutuan Pelancongan Asakusa, Shigemi Fuji berkata, sebilangan orang mungkin menganggap tindakan membuat bayi menangis sebagai mengerikan.

“Namun di Jepun, kami percaya bayi yang menangis dengan kuat juga membesar dengan sihat,” katanya.

Seramai 64 bayi menyertai acara itu, demikian menurut penganjur acara itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI