fbpx

Orang ramai kecewa ‘terbeli’ lemang mentah, keras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pengguna Twitter kecewa dengan keadaan lemang yang dibeli di gerai.

PETALING JAYA – Lemang dibakar tidak sempurna, keras selain mentah ditambah lagi harga yang mahal antara rungutan dikongsikan orang ramai di media sosial ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Tinjauan di Twitter mendapati, ada dalam kalangan pengguna berdepan pengalaman lemang yang dibeli di gerai keras, terlebih masak, selain mentah sekali gus tidak boleh dimakan ketika hari raya.

Seorang pengguna media sosial dikenali sebagai Natasha Anuar berkongsi pengalamannya membeli lemang di sebuah gerai disebabkan kasihan tiada pelanggan di situ.

“Beli lemang dari gerai ni sebab kasihan tak ada orang beli langsung. Balik rumah dapat lemang macam ni (menunjukkan gambar lemang). Tak tahu makan lemang ke nasi putih ke wajik.

“Pengajaran ialah beli lemang yang popular. Ada sebablah orang beratur panjang setiap tahun, kualiti terjaga dan terjamin. Kita kasihan tengok peniaga termenung tunggu pelanggan. Tapi bila dapat lemang macam ni, aku pula termenung,” katanya pada ciapan tersebut.

Berikutan itu, ramai yang berkongsi pengalaman sama apabila lemang dibeli tidak boleh dimakan selain ada juga mencadangkan supaya meminta penjual membuka dahulu di hadapan pelanggan.

Natasha bercerita, penjual tersebut telah memberikannya lemang untuk dirasa, tetapi ia tidak sama dengan yang dibeli.

“Yang ni siap dapat ‘tester’, dia kata baru masak dan penjual tu tengah makan lemang dia sendiri. Punyalah meyakinkan,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, pengguna Twitter dikenali sebagai Afif Izwan memberitahu, dia membeli lemang dengan harga RM20 sebatang, namun kecewa apabila ia mentah.

“Samalah dapat yang mentah juga. Dahlah RM20 sebatang. Beli dua, dua dua tak masak. Alhamdulillah bila kukus balik, boleh jadi masak sempurna,” katanya.

“Saya beli lemang malam raya minta dia belah dan potong dua siap-siap sebab benda memang nak makan malam tu dan pagi raya esoknya. Belahan pertama lemang terlebih masak, keras. Belahan kedua lemang lembik, tak masak pun bahagian tengah dia. Minta bagi baru sampai puas hati, harga antara RM18 ke RM20,” komen Nazif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI