PETALING JAYA – Beberapa lebuh raya utama di seluruh negara kelihatan sesak dan perlahan ekoran hujan lebat dan penambahan kenderaan.
Menerusi hantaran di Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di Lebuh Raya Utara Selatan @ E1, trafik perlahan dari arah utara di Sungai Buloh ke Bukit Beruntung dan Slim River ke Sungkai.
“Sama juga di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah ke Gua Tempurung, Ipoh (U) ke R&R Sungai Perak, Bandar Baharu ke Bukit Tambun dan Permatang Pauh ke Bertam.
“Trafik turut perlahan di Layby Tikam Batu ke Sg. Petani (U) dan Gurun ke Pendang manakala arah Selatan pula adalah di Kepala Batas ke Alor Setar (U).
“Situasi sama turut dilaporkan di Alor Setar (S) ke Pendang, Juru Auto City ke Plaza Tol Juru, Bukit Tambun ke Bandar Cassia dan Hentian Sebelah Rawang ke Rawang (S),” katanya.
Menurutnya lagi, di Lebuh Raya Duta–Ulu Klang (DUKE) @ E33, trafik dilaporkan sesak dari Bandar Dalam ke terus ke Plaza Tol Gombak arah timur (Kuala Lumpur- Karak).
Dalam pada itu di Lebuh Raya Utara Selatan @ E2, trafik perlahan dari arah Utara di Senai ke Sedenak, Simpang Renggam ke Machap terus ke Ayer Hitam dan Hentian Yong Peng (U) ke Pagoh. – KOSMO! ONLINE