fbpx

Wanita maut kemalangan 2 kereta di Kesas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan dua kenderaan jenis Proton Wira dan Honda City yang remuk setelah terlibat dalam kemalangan terbabit.

SHAH ALAM – Seorang wanita maut setelah kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta jenis Proton Wira, di Kilometer (KM) 35 Lebuh raya Shah Alam (Kesas) arah pusat bandar ini, malam semalam.

Mangsa, Shamini Murugan, 27, yang memandu kereta jenis Honda City maut di tempat kejadian berhampiran susur Plaza Tol Seafield.

Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata, seorang lagi mangsa terlibat, Hisheendran Thayal, 27, hanya mengalami cedera ringan.

Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan pada pukul 11.34 malam  sebelum menggerakkan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya ke lokasi kejadian.

“Setibanya di situ, terdapat kemalangan melibatkan dua buah kereta. Kesemua mangsa yang terlibat dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba sampai.

“Dua orang mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan seorang mangsa wanita disahkan meninggal dunia oleh pihak pegawai Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa kemudian dibawa ke hospital berdekatan untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI