fbpx

View Chin rindu, minta gambar anak-anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik oleh Shermine di media sosial.

PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial, View Chin, menghubungi bekas isterinya, Shermine Hau Ah Moi kerana rindu dengan tiga orang anaknya.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok @sherminehauahmoi_view.

Ujarnya, View Chin ada menghubunginya untuk meminta beberapa keping gambar dan video anak-anak.

“Setiap hari pun apabila dia minta, saya akan hantar gambar dan video anak-anak. Ini masalah orang dewasa, saya tidak mahu libatkan anak-anak.

“Saya pun ada cakap dengan View Chin, jangan risau tentang anak-anak sebab saya boleh jaga mereka dengan baik.

“Anak-anak saya semua sihat dan gembira, jangan risau,” katanya.

Tambah Shermine, dia akan menyelesaikan masalah rumah tangganya dengan sendiri dan minta semua untuk sabar menunggu makluman rasmi di akaun media sosialnya.

Dia turut menegaskan agar orang ramai tidak tersilap kerana banyak akaun palsu yang dicipta menggunakan namanya.

Terdahulu, krisis rumah tangga pasangan View Chin dan Shermine bergolak selepas wanita itu mendedahkan kecurangan bekas suaminya di media sosial baru-baru ini.

Berdasarkan perkongsian Shermine, dia mendakwa View Chin curang dengan seorang pekerja dikenali sebagai Mira semasa dia dalam pantang.

Pada masa sama, wanita itu juga turut mendedahkan dia dikasari oleh suaminya semenjak perniagaan mereka tular di TikTok dan kerap membuat siaran langsung bag mempromosikan produk mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI