fbpx

[VIDEO] Jemaah surau baca takbir raya dalam lif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan jemaah surau terperangkap di dalam sebuah lif.

KUALA LUMPUR – Keterujaan sebuah keluarga menunggu ketibaan jemaah surau untuk membaca takbir raya di kediaman mereka terbantut apabila jemaah yang dinanti tidak kunjung tiba.

Bagaimanapun, berlaku satu kejadian lucu di sebalik kelewatan jemaah surau itu apabila mereka sebenarnya terperangkap di dalam lif.

Kejadian itu dikongsi seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Rafiq, malam tadi.

“Tunggu orang surau datang rumah untuk takbir raya, tapi tak sampai-sampai.

“Rupa-rupanya ‘geng’ surau sangkut dalam lif. Takbir dalam liflah jawabnya. Dugaan,” katanya.

Rafiq turut berkongsi sebuah video memaparkan jemaah surau itu membaca takbir raya di dalam lif sambil diselamatkan oleh pasukan bomba di luar lif tersebut.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna geli hati dengan kejadian itu.

“Comelnya pak cik! Rasa kasihan pun ada, mesti panik dalam lif tu,” kata Pika.

“Blok rumah aku ni, patutlah lif tak boleh guna semalam,” kata Uzair.

“Nak gelak tapi kasihan pula. Tapi, kelakar!,” kata Hidayah.

Sementara itu, dalam ciapan berbeza Rafiq memaklumkan kesemua jemaah itu berjaya keluar daripada lif tersebut dan selamat tiba di kediamannya bagi membaca takbir raya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI