fbpx

Serpihan roket SpaceX meletup hujani bandar di Texas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roket Starship dilancarkan dari pad pelancaran semasa ujian penerbangan dari Starbase di Boca Chica, Texas kelmarin. - AFP

AUSTIN, TEXAS – Kegagalan pelancaran roket SpaceX di Texas kelmarin menyaksikan penduduk sebuah bandar di negeri berkenaan dihujani serpihan, lapor agensi berita United Press International (UPI).

Serpihan roket SpaceX jatuh di kawasan luas dan menimpa rumah penduduk di bandar Port Isabel. Kotoran berwarna coklat juga dilihat meliputi kawasan seluas beberapa kilometer.

Dua penduduk tempatan, Rob Nixon dan Sen Benito menyaksikan pelancaran itu dari Port Isabel. Mereka memberitahu stesen radio awam, Texas Public Radio bahawa impak letupan roket itu dirasai sejauh beberapa kilometer.

“Saya tidak menjangka untuk mengumpul serpihan hari ini (kelmarin). Gegaran dirasai di bilik darjah isteri saya sejauh 32 kilometer,” katanya.

Jurucakap Port Isabel, Valerie Bates memberitahu akhbar New York Times bahawa kebanyakan kawasan bandar itu dilitupi pasir tebal dan habuk.

“Ia benar-benar menakutkan,” kata seorang lagi saksi, Sharon Almaguer. Dia berada di rumah bersama ibunya yang berusia 80 tahun ketika kediaman mereka bergegar akibat letupan roket itu.

Bahagian Pengurusan Kecemasan Daerah Cameron mengesahkan bahawa serpihan itu adalah pasir dan tanah daripada pelancaran roket SpaceX. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI