fbpx

RSF setuju ‘genjatan senjata kemanusiaan’ 72 jam sempena Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang ulama mengimamkan solat di Port Sudan, pada hari pertama Aidilfitri, yang menandakan berakhirnya bulan Ramadan semalam. - AFP

KHARTOUM, Sudan – Pasukan separa tentera, Rapid Support Forces (RSF) bersetuju mematuhi ‘genjatan senjata kemanusiaan’ selama 72 jam mulai pukul 6 petang (waktu tempatan) pada Jumaat, 21 April bertepatan dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri, lapor laman berita Wion News.

Keputusan itu dibuat ketika Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan Program Makanan Sedunia (WFP) berkata, antara 10,000 hingga 20,000 penduduk telah melarikan diri dan mendapatkan perlindungan di negara jiran, Chad.

“Gencatan senjata ini bertepatan dengan Hari Raya Aidilfitri yang penuh keberkatan, membuka koridor kemanusiaan untuk memindahkan rakyat dan memberi mereka peluang untuk bersama keluarga,” demikian kenyataan RSF di laman Twitter.

Gencatan senjata itu dilaksanakan ketika ibu negara Sudan, Khartoum terus digemparkan dengan pengeboman dan tembakan semalam, lapor agensi berita Reuters.

“Pada masa ini, ketika rakyat sedang bersiap sedia untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, kawasan kejiranan Khartoum digegarkan oleh pengeboman dan bedilan  artileri dalam serangan yang menyasarkan kawasan perumahan,” kata RSF.

Pertempuran yang bermula hampir seminggu lalu antara tentera Sudan dan pasukan separa tentera mengakibatkan sekurang-kurangnya 350 orang terbunuh, demikian menurut laporan tersebut dengan angka korban bercanggah antara kedua-dua belah pihak. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI