fbpx

Roberto Firmino hampir pasti sertai Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kontrak Roberto Firmino bersama Liverpool akan berakhir musim ini.

LONDON – Penyerang sensasi Liverpool, Roberto Firmino dilaporkan sudah bersetuju secara lisan untuk menyertai kelab gergasi La Liga, Barcelona secara percuma apabila kontraknya berakhir pada Jun depan.

Sebagai rekod, Firmino yang telah bersama The Reds sejak tahun 2015 sedang mengharungi musim terakhir di Anfield selepas gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama musim ini.

Pemain antarabangsa Brazil itu dianggal sebagai salah seorang tunjang skuad Liverpool dibawah kendalian Jurgen Klopp apabila membantu pasukan itu menjuarai Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum ini.

Klopp sebelum ini dilaporkan sangat berminat untuk menawarkan kontrak lanjutan kepada Firmino tetapi pemain berusia 32 tahun itu dilihat mahu melebarkan karier ke tempat baharu.

Situasi ini disebabkan Firmino tidak lagi menjadi pilihan Klopp yang lebih gemar untuk menurunkan penyerang baharu Darwin Nunez atau Cody Gakpo selaku pemain No. 9 yang utama.

Firmino yang telah menjaringkan 109 gol dalam 360 penampilan bersama Liverpool dijangka membuat kemunculan terakhir pada aksi EPL bertemu Aston Villa pada 20 Mei depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI