fbpx

Putera Mahkota Arab Saudi tunai solat sunat Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Putera Mohammed (dua dari kiri) menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjidil Haram, Mekah semalam. - Foto Saudi Gazette

MEKAH – Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed Bin Salman menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjidil Haram kota suci Mekah pada pagi semalam. 

Baginda menunaikan solat hari raya dan mendengar khutbah yang disampaikan oleh imam dan khatib Masjidil Haram, Syeikh Saleh Bin Humaid bersama jemaah   lain. 

Semasa khutbah Aidilfitri, Sheikh Saleh menyatakan, Arab Saudi di bawah pimpinan Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman dan Putera Mohammed telah melakukan usaha yang tidak dapat ditandingi di masjid tersebut . 

Selepas solat, Putera Mohammed bertemu dan menyambut putera raja, syeikh, ulama, dan pegawai tinggi dan orang awam.

Beliau turut bertemu dengan anggota tentera dan yang mengucapkan tahniah sempena Hari Raya Aidilfitri serta bersarapan bersama Putera Mahkota. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI