PETALING JAYA – Sambutan Aidilfitri dramatis Nad Zainal menarik perhatian peminatnya dalam laman sosial.
Menerusi foto yang dikongsikan pelakon berusia 33, Nad melahirkan rasa teruja dan bersyukur apabila meraikan lebaran buat kali pertama berstatuskan isteri kepada aktor, Ungku Ismail.
“Syawal pertama,” kongsi Nad.
Menerusi foto yang dikongsikan pelakon Dendam Seorang Isteri itu dalam Instagram, Nad yang memakai baju kuning sedondon bersama suami dan dua anaknya kelihatan ceria meraikan Aidilfitri bersama keluarga.
Bagaimanapun, netizen lebih teruja apabila mendakwa Nad atau nama lengkapnya Farah Nadia Zainal Abidin kini sedang hamil apabila perutnya kelihatan berisi seolah-olah sedang berbadan dua.
“Eh! Kita nampak (baby bump),” komen seorang peminatnya.
“Baby bump ke tu? Tahniah,” ucap seorang lagi peminatnya.
“Wah! Saya boleh nampak (perut Nad),” tegur seorang pengguna Instagram teruja.
Terdahulu Nad mengumumkan selamat mendirikan rumah tangga bersama Ungku pada 29 Januari. Pengumuman tersebut dibuat selepas hampir seminggu bernikah pada 23 Januari lalu.
Nad pada September tahun lalu mengejutkan ramai apabila mengakui sah bercerai dengan Muhammad Faliq Amiruddin yang dikahwini sejak 18 September 2015.
Sepanjang perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Fahad Ibrahim, 7, dan Budi Kalsom, 2. – KOSMO! ONLINE