JAKARTA – Seorang lelaki berusia 41 tahun dari Probolinggo, wilayah Jawa Timur mempunyai nama unik iaitu Hari Idul Fitri, lapor laman berita Flores Editorial kelmarin.
Selain merasa sangat gembira dengan nama yang dimilikinya, dia mengaku kerap menangis setiap kali tiba Hari Raya Aidilfitri kerana persamaan namanya dengan hari kebesaran untuk penganut agama Islam.
Tambah Hari Idul Fitri, setiap kali Syawal tiba, ia merupakan hari yang sangat istimewa baginya kerana selain daripada hari kemenangan, ia juga adalah hari kelahirannya.
Menurut lelaki itu, dia lahir ketika malam Hari Raya Aidilfitri. Disebabkan itu, bapanya memberikan nama tersebut kepadanya.
Tarikh lahir Hari Idul Fitri adalah 12 Jun 1981 dan ketika ini, dia memiliki seorang isteri dan tiga anak. – Agensi