fbpx

Jersi legenda bola sepak England kekal misteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jersi yang dipakai legenda bola sepak England, Bobby Moore ketika menjulang Piala Dunia di Wmbley pada tahun 1966 kini hilang dari simpanan keluarganya. - Foto Bettmann Archive

LONDON – Jersi merah terkenal milik kapten bola sepak England, Bobby Moore adalah simbol kejayaan pasukan itu menjulang Piala Dunia pada tahun 1966 tetapi hilang dari simpanan keluarganya. 

Menurut portal berita MailOnline semalam, misteri menyelubungi keberadaan jersi itu 57 tahun selepas mendiang menjulang trofi Piala Dunia, Jules Rimet di Wembley. 

Kali terakhir bekas isterinya, Tina melihat jersi merah nombor 6 tersebut, ia berada di loteng rumah mereka.

Kejutan berlaku apabila jersi itu muncul di tangan pembeli persendirian yang tidak dikenali. Individu tersebut membelinya dalam satu acara lelongan pada harga dikatakan mencecah berjuta-juta pound sterling.

Dalam pada itu, isteri yang dikahwini Moore selama 24 tahun itu berkata: “Saya sangat suka untuk mendapatkan baju itu kembali ke tempat asalnya bersama saya, keluarga saya dan negara saya”. 

Kali terakhir mereka melihat baju itu adalah beberapa dekad lalu. 

Pada era 1970-an dan 1980-an, ia disimpan dan dilipat di dalam beg kulit di loteng rumah yang dikongsi Tina dan Bobby di Chigwell, Essex. 

Anak perempuan mereka, Roberta masih ingat melihatnya ketika mereka naik ke loteng untuk mengambil hiasan Krismas. 

Apabila Bobby meninggal dunia akibat kanser pada tahun 1992, anak perempuannya membawa trofi, pingat dan topi yang dihargainya ke rumahnya. 

Namun, jersi merah yang terkenal itu bukanlah antara harta itu, mahupun jersi kuning Brazil yang ditukar Bobby dengan pesaingnya, Pele pada Piala Dunia 1970. 

Selama bertahun-tahun selepas itu, Tina memburu jersi yang hilang itu. 

Dia tidak tahu bagaimana ia hilang. 

Kemudian pada tahun 2021 keluarga itu terkejut apabila dihubungi oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris dan memberitahu: “Jersi bapa kamu telah ditemui .” 

Lebih misteri, persatuan itu mendedahkan bahawa ia kini ‘di tangan pembeli persendirian’, kata Roberta. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI