fbpx

Hujan lebat, trafik sesak di jalan utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trafik perlahan di Elite arah Utara dari Putra Heights ke Seafield setakat pukul 6.17 petang tadi.

PETALING JAYA – Keadaan trafik kelihatan perlahan dan sesak ekoran penambahan kereta dan hujan lebat di kebanyakan kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor, petang ini.

Menerusi hantaran di Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia, di Kuala Lumpur – Karak @ E8, trafik perlahan arah Timur dari Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ke Hentian Rehat Gombak.

“Di Lebuh Raya Duta–Ulu Klang (DUKE), trafik perlahan dari Bandar Dalam ke Greenwood terus ke susur MRR2 (Sri Gombak).

Dalam pada itu, di Lebuhraya PLUS, trafik juga perlahan arah Utara dari Kulai ke Sedenak dan arah Selatan dari Ainsdale ke Senawang.

Trafik turut kelihatan perlahan arah Utara dari Slim River ke Sungkai, arah Utara dari Tapah ke Gopeng dan Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) arah Utara dari Putra Heights ke Seafield.

Kemalangan di KM 264.5 arah Selatan dari Terowong ke Ipoh (U) juga menyebabkan trafik perlahan kerana lorong kiri terhalang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI