fbpx

Hari raya jadi medan tayang barang mewah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Masalah personaliti yang tidak ada keyakinan di dalam diri atau ‘insecurity’ merupakan faktor utama segelintir individu suka menunjuk-nunjuk.

Menerusi Facebook Public Health Malaysia, terdapat daripada kita pernah berhadapan dengan keluarga dan rakan-rakan yang suka menunjuk-nunjuk kemewahan tersebut, bahkan termasuk ketika sambutan hari raya.

“Hari raya dijadikan medan untuk ‘flex’ barang-barang baharu, kenderaan baharu, barang kemas, pakaian dan lain-lain.

“Orang yang sememangnya bijak dan berpendapatan tinggi tidak hadap untuk ‘flex’ di hari raya. Semua telah sedia maklum dan tiada apa yang perlu dibuktikan,” kata hantaran tersebut.

Dalam pada itu, personaliti narsistik yang mahu diri dilihat sebagai penting dan lebih ‘superior’ berbanding orang lain juga adalah salah satu faktor tersebut.

Katanya, selain itu, faktor pesekitaran yang ‘toksik’ di mana ramai indvidu bersikap sama menyebabkan diri terdorong untuk berkelakuan sama.

“Pengalaman raya terdahulu mendorong individu untuk turut sama ‘flex’ di hari raya. Implikasi mental kepada orang lain boleh menyebabkan kita terasa kerdil, gagal dan stres.

“Berhadapan dengan individu yang menunjuk-nunjuk adalah dengan meminimumkan kontak sewaktu berjumpa. Selagi mereka tidak cuba merendahkan anda, layankan sikap mereka, beri pujian dan kekal positif.

“Tingkatkan motivasi diri, jangan terjebak dengan perlumbaan mereka. Jika telah melangkau garis kesabaran, loloskan diri dengan sibuk mengemas di dapur atau mengambil makanan,” katanya. – KOSMO

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI