PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca baik dan cerah hampir di seluruh Semenanjung serta Sabah dan Sarawak pada pagi ini.
Menurut kenyataan MetMalaysia, hujan dilaporkan hanya melibatkan di satu dua tempat iaitu di kawasan pantai Selangor.
“Seterusnya di Sabah pula, hujan juga diramalkan di satu dua tempat di Sandakan dan kudat serta tiada hujan di Pedalaman, Pantai Barat, Tawau selain Wilayah Persekutuan Labuan.
“Begitu juga di Sarawak apabila tiada hujan dilaporkan pada pagi ini,” kata kenyataan itu, hari ini. – KOSMO! ONLINE