fbpx

Agong, Raja Permaisuri solat raya di Masjid Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang di-Pertuan Agong dan Anwar menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara, Kuala Lumpur hari ini. - Foto Facebook rasmi Perdana Menteri

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara di sini.

Seri Paduka Baginda tiba di Masjid Negara sekitar pukul 8.15 pagi bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Baginda yang lengkap berpakaian baju Melayu berwarna hijau muda diiringi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tiba pada pukul 8.05 pagi.

Selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri, Al-Sultan Abdullah dan Perdana Menteri dijadual menuju ke Istana Negara bagi menghadiri santapan Aidilfitri.

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong di Masjid Negara, Kuala Lumpur hari ini. – Foto Facebook rasmi Perdana Menteri

Turut kelihatan hadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifudin Nasution dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Masjid Negara mula dibanjiri lebih 10,000 para jemaah seawal pukul 7 pagi bagi memeriahkan pagi Syawal Pertama ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI