fbpx

Wanita Russia didenda RM2,000 panggil Zelenskyy ‘kacak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Slegina dianggap mencemar nama baik Angkatan Tentera Russia dengan memuji Zelensky. -Pejabat Presiden Ukraine/Cover Images/INSTARimages.com

MOSCOW – Seorang wanita di Russia didenda 40,000 rubel (RM2,170) kerana ‘mencemarkan nama baik’ tentera negaranya dengan memanggil Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy sebagai ‘lelaki muda yang kacak’, lapor akhbar New York Post semalam.

Olga Slegina, 70, dikenakan denda oleh mahkamah Russia pada Selasa lepas selepas memuji Zelenskyy tahun lalu.

Menurut kumpulan hak asasi manusia Russia, Memorial Center, warga emas itu bercakap dengan beberapa wanita lain di sebuah pusat perubatan bandar Nalchik apabila dia membuat kenyataan mengenai presiden berusia 45 tahun itu.

Selain memuji penampilannya, Slegina berkata bahawa Zelenskyy yang sebelum ini bergelar sebagai pelawak, mempunyai ‘sifat humor yang baik’.

Tiga wanita tersebut kemudian melaporkan Slegina kepada pihak berkuasa tempatan dan dia tidak lama kemudian ditangkap kerana melanggar undang-undang kerajaan Russia.

Pegawai yang menangkap Slegnia memberitahu bahawa dia ‘tidak berhak’ untuk memuji Zelenskyy kerana beliau adalah musuh negara. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI