fbpx

‘Tragedi Iboi ragut kegembiraan kami’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abd. Rahman termenung sendirian di tapak rumahnya yang hanyut dibadai kepala air di Kampung Iboi, Baling pada Julai lalu.

BALING – Kemeriahan 1 Syawal tahun ini mungkin tidak dapat dirasai seorang warga emas yang kehilangan tiga insan tersayang yang menjadi mangsa tragedi kepala air di Kampung Iboi, Kupang pada Julai tahun lalu.

Abd. Rahman Said, 72, berkata, perasaan sayu dan sedih tidak dapat diselindung terutamanya apabila melalui kawasan rumahnya yang kini telah kosong selepas kediaman itu dihanyutkan arus sungai.

Katanya, tragedi yang berlaku pada 4 Julai tahun lalu itu meragut nyawa isterinya, Salmah Mat Akib, 53, selain menantu, Nurul Anis Abu Hassan, 23, serta anak tiri, Khairul Ikwan Nor Azman, 14.

“Ketiga-tiga arwah sangat rapat dan mereka sedaya upaya untuk keluar dari rumah berkenaan untuk menyelamatkan diri ketika rumah mereka dibadai kepala air yang sangat deras,” kata Abd. Rahman ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Menurutnya, dia amat sensitif dan akan merasa sebak setiap kali mengenangkan peristiwa yang mengorbankan tiga insan tersayang itu.

Malah, katanya, kehadiran Ramadan dan Aidilfitri tahun ini sa­ngat perit untuk dilalui terutama menjelang 1 Syawal.

“Setiap petang, ingatan sedih itu akan datang dengan sendiri­nya. Saya sebak dan tidak mampu berkata apa-apa, namun saya reda dengan ketentuan dan kehendak Ilahi.

“Sebelum ini, isteri yang pa­ling sibuk dan banyak membeli barang basah seperti da­ging, tulang lembu, beras pulut untuk meraikan Aidilfitri,” katanya.

Tambah beliau lagi, dia kini tinggal seorang diri di rumah sewa yang disediakan, manakala anak-anak lain tinggal di luar.

“Saya akan beraya di sini bersama anak-anak, menantu, cucu dan ahli keluarganya yang lain. Selepas solat sunat Hari Raya, kami akan ziarah kubur ketiga-tiga arwah,” katanya.

Kosmo! pada 6 Julai 2022 melaporkan, kehidupan lebih 1,500 penduduk dalam mukim Kupang di Baling, Kedah berubah 360 darjah dengan kejadian kepala air dan banjir lumpur yang me­ngorbankan tiga nyawa termasuk seorang wanita yang sedang hamil.

Mayat wanita hamil, Nurul Anis dan ibu mertuanya, Salmah Mat Akib, 53, ditemui dalam keadaan berpelukan kira-kira 100 meter dari rumah mereka, manakala mayat Khairul Ikhwan pula ditemui di bawah timbunan batang pokok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI