fbpx

Sofyank menang VFX Challenge di Los Angeles

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sofyank berjaya menjuarai Ultimate VFX Challenge, di Los Angeles.

PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial, Muhammad Sofian Abdullah atau Sofyank, berjaya menjuarai Ultimate VFX Challenge, di Los Angeles.

Sofyank yang berbakat besar dalam suntingan kesan khas visual itu menyertai acara bulanan anjuran personaliti YouTube, Zach King yang turut menampilkan beberapa orang artis VFX yang lain untuk bergelar juara.

Menerusi video yang dikongsikan aiensyamsul di Twitter, jelas menunjukkan tiga juri terlibat kagum dengan kebolehan Sofyank menghasilkan video yang menggunakan kesan VFX.

Salah seorang juri menyatakan rasa teruja dengan kebolehan Sofyank ‘menukar’ sebiji epal menjadi kek yang boleh dimakan.

Menerusi video tersebut Sofyank dilihat berjaya mengalahkan dua peserta yang lain sekali gus diumumkan sebagai juara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI