fbpx

Remaja maut terbabas tengah jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

HULU SELANGOR – Seorang penunggang motosikal maut selepas dipercayai terbabas sendiri di atas garisan tengah jalan, di kilometer 34 Jalan Kuala Lumpur – Ipoh, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, kemalangan itu membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 yang ditunggang seorang remaja lelaki berusia 16 tahun.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian pukul 8.10 malam itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Antara Gapi ke arah Rawang.

“Ketika berada di lokasi kejadian, mangsa dipercayai terbabas dengan sendiri di garisan tengah jalan tersebut.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurut Faizal, bedah siasat mangsa dilakukan di Hospital Kuala Kubu Bharu, di sini.

“Sehubungan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pihak polis meminta bantuan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian untuk tampil ke balai polis berdekatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI