fbpx

Penumpang buang air besar dalam teksi, enggan bayar tambang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita itu membuang air besar di tempat duduk penumpang. - Adam Sacco/Flickr

BANGKOK – Seorang pemandu teksi memberi amaran mengenai seorang penumpang wanita yang membuang air besar di dalam kenderaannya sebelum melarikan diri tanpa membayar tambang, lapor laman berita Thaiger semalam.

Pemandu tersebut berkongsi rakaman ‘dashcam’ pada sebuah kumpulan perbincangan Facebook bernama Pemandu Teksi (Thailand) pada Jumaat lalu.

“Amaran kepada semua pemandu teksi! Dari Pasaraya Dongki di Bangkok ke Kampung Furng Fah di Samut Prakarn. Saya tidak mahu orang lain alami apa yang saya lalui.

“Tambangnya adalah 417 baht (RM53), tetapi saya tidak mendapatnya (wang tambang) malah terpaksa mengeluarkan wang untuk membersihkan kereta,” demikian menurut kapsyen hantaran tersebut.

Video itu menunjukkan teksi tersebut tiba di sebuah perkampungan di mana wanita berkenaan tinggal.

“Saya tidak mempunyai wang untuk membayar. Keluarga saya juga tiada di rumah. Saya menghidap kanser dan saya telah membuang air besar di tempat duduk anda.

“Ia kotor tetapi saya akan mengambil kain untuk membersihkannya. Anggap sahaja bahawa anda berbuat baik dengan memberi saya menumpang naik (teksi) secara percuma. Saya tiada wang,” kata wanita itu.

Kemas kini hantaran itu mendedahkan bahawa pemandu tersebut telah memfailkan aduan kepada polis. Tidak dijelaskan sama ada wanita itu akan dikenakan tindakan atas perbuatannya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI