fbpx

‘Pengorbanan’ si bongsu menjelang raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan sebuah khemah yang dijadikan bilik 'si bongsu'.

PETALING JAYA – Ketika tibanya musim hari raya, menjadi lumrah seluruh ahli keluarga di perantauan pulang ke kampung halaman masing-masing.

Namun, ramai yang terlepas pandang nasib si bongsu yang selalunya terpaksa mengalah demi memastikan keselesaan ahli keluarga yang lain.

Menerusi video LaksaJohor di TikTok, dia berkongsi keadaan ‘biliknya’ bagi memberi laluan kepada ahli keluarga yang lain sekali gus mencuri perhatian ramai.

“Bongsu mana ada bilik, duduk khemah saja. Tapi ada privasi,” tulisnya pada kapsyen.

Rata-rata bersetuju dengan perkongsian tersebut malah ada yang mengakui jasa dan pengorbanan golongan bongsu.

“Adik bongsu aku lagi kasihan. Ramai-ramai balik, dia tidur je atas kerusi kat ruang tamu. Tak pernah dengar dia merungut. Besar pengorbanan dia nak bagi kakak-kakak, abang-abang ipar selesa,” kata Norzaifa.

“Bukan tak ada bilik malah tak ada ruang nak pacak benda ni (khemah). Silap-silap kau pasang kat luar rumah,” kongsi Damirah.

“Kenapa nampak macam menarik. Nak juga! Beli kt mana khemah penempatan banjir tu?,” soal seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI