fbpx

Pemilik vila pasrah tetamu tinggalkan bil melambung selepas enggan batal tempahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sepasang suami isteri dari China meninggalkan bil yang tinggi kepada pemilik sebuah vila selepas enggan menolak tempahan mereka di Seoul baru-baru ini. - SBS TV

SEOUL – Sepasang suami isteri dari China yang mengunjungi Korea Selatan membalas dendam terhadap seorang pemilik vila kerana enggan membatalkan tempahan mereka, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Pasangan itu membalas dendam dengan cara menggunakan air, gas dan elektrik dalam kuantiti yang banyak sehinggakan bil melonjak tinggi di vila tersebut. Mereka terpaksa menyewa vila itu setelah permintaan untuk membatalkan tempahan ditolak oleh pemiliknya .

Insiden itu bermula apabila pasangan tersebut menempah vila di Seoul menerusi laman tempahan penginapan, Airbnb selama 25 hari tanpa memeriksa lokasinya di ibu negara Korea Selatan tersebut. 

Apabila mereka tiba dan menyedari tempat itu berada di pinggir bandar raya tersebut, mereka memutuskan untuk menghubungi pemilik dan meminta bayaran balik. Mereka menyatakan bahawa perjalanan pergi dan balik dari pusat bandar raya terlalu menyusahkan. 

Bagaimanapun, pemilik vila itu menolak dengan alasan tempahan telah disahkan dan pembayaran telah dibuat sepenuhnya.

Pada mulanya, pemilik vila tidak menyedari apa-apa yang luar biasa mengenai pasangan tersebut apabila mereka bertanya kepadanya sama ada terdapat sebarang kamera pengawasan di dalam kediaman berkenaan.

Sepanjang tempahan selama 25 hari, mereka hanya datang ke vila tersebut selama kira-kira lima minit bagi setiap tiga hingga empat hari, menghabiskan sebahagian besar masa dengan melancong ke kawasan yang berbeza di negara itu.

Hanya apabila syarikat gas menghubungi pemiliknya dan memberitahu mengenai peningkatan mendadak dalam kadar penggunaan gas di vilanya, barulah pemilik tersebut menyedari ada sesuatu yang tidak kena.

Namun, pada masa itu, pasangan tersebut sudah meninggalkan Korea Selatan, meninggalkan bil utiliti yang amat tinggi dan menggunakan air pada kuantiti untuk lapan orang dewasa selama dua bulan. 

Pasangan yang tidak dikenali itu dilaporkan membazirkan 120 tan air serta meninggalkan bil air dan elektrik sebanyak 154,056 won (RM514.50). Bil gas pula adalah kira-kira 1,009,337 won (RM3,370). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI