MEKAH – Beberapa gambar dari udara menunjukkan sejumlah besar jemaah bersolat di Masjidil Haram bagi menunaikan solat isyak dan tarawih serta majlis khatam al-Quran pada malam ke-29 Ramadan, lapor portal berita Al Arabiya News semalam.
Gambar-gambar yang dikongsi oleh Saudi Press Agency (SPA) semalam menunjukkan jumlah jemaah yang ramai memenuhi halaman, lantai dan jalan masuk ke Masjidil Haram.
Gambar SPA juga menunjukkan usaha-usaha yang dilakukan oleh agensi kerajaan untuk menerima kehadiran para jemaah pada bulan yang suci itu.
Menurut Jawatankuasa Pemerhati di Balai Cerap Tumair, Ramadan kali ini hanya berlangsung selama 29 hari selepas anak bulan Syawal dapat dilihat di Arab Saudi. – Agensi