fbpx

Panglima Angkatan Bersama santuni warga Malbatt sambut Aidilfitri di Lubnan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Mohamad Akmar (tengah) bersama pegawai dan anggota ATM serta warga Malbatt 850-10 bergambar kenangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Lubnan.

PETALING JAYA – Panglima Angkatan Bersama (PAB), Leftenan Jeneral Datuk Noor Mohamad Akmar Mohd. Dom menyambut perayaan Aidilfitri bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Malbatt 850-10 di Selatan Lubnan yang sedang melaksanakan misi pengaman.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dirai pada 21 April itu dimulai dengan takbir raya dan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Kawkaba, UNP 2-1 Kem Marakah yang dipimpin Pegawai Agama, Mejar Lukman Hakim Abd. Wahab manakala Khutbah Aidilfitri disampaikan PAB.

Dalam pada itu, sambutan raya tersebut turut disertai Duta Besar Malaysia Ke Lubnan, Tuan Yang Terutama Ambassador Azri Mat Yacob di Dewan Jun Sang.

Pada masa sama, sebanyak 16 gerai menyajikan pelbagai jenis juadah hari raya termasuk persembahan kugiran secara langsung daripada ‘Magnificient 10’.

Sebelum ini, malam akhir Ramadan disambut meriah dengan berlangsungnya majlis berbuka puasa Malbatt 850-10 bersama PAB bertempat di Dewan Pengaman, Kem Marakah.

Walaupun jauh di perantauan, tradisi membakar lemang dan mengacau dodol tetap dilaksanakan oleh warga Harimau 10 yang mana sedikit sebanyak menjadi pengubat rindu bagi sambutan Hari Raya tahun ini.

Terdahulu, PAB Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melaksanakan lawatan kerja rasmi buat julung kali ke Lubnan bertujuan menyantuni anggota di penempatan ATM.

Malbatt 850-10 terdiri dari 84 pegawai dan 770 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari ATM termasuk 30 anggota dari Angkatan Bersenjatan Diraja Brunei (ABDB) serta seorang Pegawai Awam dari Kementerian Pertahanan.

Kesemua pegawai dan anggota terbabit telah memulakan misi pada 12 November 2022 dan dijangka menamatkan misi pada 12 November 2023 selepas 12 bulan berkhidmat di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI