fbpx

Menyesal kahwin dengan Syamsul, Puteri Sarah penat, menangis ‘mengaku kalah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERI SARAH LIYANA

PETALING JAYA – “You (awak) nak menang, you menanglah Mohd. Syamsul. Kalau you nak ambil semua harta-harta you, you ambillah, i tak nak.”

Demikian kata pelakon Puteri Sarah Liyana menerusi sebuah video dengan tangisan bercucuran air mata kerana telah terlalu penat berdepan krisis rumah tangga bersama suaminya iaitu pengarah, Syamsul Yusof.

Menerusi perkongsian video dalam Instagram, Sarah, 38, mengakui, tangisan bukan bermakna lemah sebaliknya kerana terlalu penat berdepan dengan suaminya yang disifatkan sebagai seorang lelaki narsisistik.

Sarah berkata dia menangis bukan kerana lemah, tetapi sebab penat berdepan dengan perangai suaminya sejak beberapa tahun lalu.

“Saya nak beritahu bahawa saya telah penat. Penat bergaduh dan berlawan lelaki narsisistik seperi ini. Tolong doakan saya dilepaskan dan diceraikan dengan cara yang baik.

“Saya sangat penat sudah berapa tahun tak dilayan sebagai isteri. Tidak mendapat kasih sayang. Saya juga punya keinginan untuk bahagia, ingin untuk merasa kasih sayang. Jadi lepaskan saya (ceraikan).

“Saya dah penat. Awak nak menang, menanglah Mohd Syamsul. Nanti jawab di akhirat,” katanya sampai menitiskan air mata.

Dalam hantaran berbeza, Sarah turut mengaku kalah kerana sudah penat berdepan dengan masalah pergolakan rumah tangga bersama Syamsul yang tidak berkesudahan.

Sarah telah bertindak memadam semua hantaran yang ditujukan terhadap suaminya dan mahu perkahwinannya yang dianggap toksik bersama lelaki itu berakhir dengan segera.

“Saya padam semua hantaran (dalam Instagram) bukan sebab takut, tapi sebab saya sangat penat. Serius saya sangat penat dengan semua drama ini.

“Kepada Mohd Syamsul, kau tak nak beri nafkah aku? Suka hati kau. Kau nak menang? Kau menanglah, aku kalah.

“Aku hanya mahu keluar daripada perkahwinan toksik ini dan hidup bahagia bersama anak-anak” ujar Sarah.

Tambah Sarah lagi, dia turut meluahkan rasa kesal kerana telah berkahwin dengan Syamsul, namun bersyukur kerana dikurniakan ibu bapa mentua (Datuk Yusof dan Datin Patimah) yang disifatkan sangat baik.

“Satu perkara yang paling aku menyesal dalam hidup adalah berkahwin dengan kau. Tapi aku bersyukur kerana dapat ibu dan bapa mentua yang terbaik dalam hidup.

“Ibu dan ayah tetap jadi ibu dan ayah sehingga ke syurga. Kau nak menang? Ambillah semua harta-harta kau. Aku tak mahu sesen pun,” luah Sarah yang menuntut agar dia segera diceraikan Syamsul.

Awal pagi tadi, kedua-dua suami isteri itu saling tuduh menuduh apabila masing-masing memuat naik kenyataan dalam media sosial.

Syamsul dalam kenyataannya meminta agar Sarah menerima hakikat bahawa dia telah dimadukan selain mendakwa mempunyai bukti kecurangan isterinya bersama seorang lelaki berstatus suami orang.

Membalas kembali kenyataan dibuat Syamsul yang mendakwa dia menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain, Sarah, 38, meminta suaminya itu menyertakan tuduhan berserta bukti.

“Jangan cakap sahaja. Bukti mana? Tuduhan nusyuz 44 muka surat, satu bukti pun tiada,” ujar Sarah.

Pada 18 April lalu, kes penceraian Syamsul dan Puteri Sarah yang dijangka menemui titik noktah berakhir dengan jalan buntu apabila pengarah itu menarik balik keputusan melafazkan cerai selepas pasangan itu mencapai kata sepakat untuk bercerai.

Syamsul enggan melepaskan isteri pertamanya itu kerana Puteri Sarah didakwa menambah beberapa terma dalam perjanjian penceraian mereka termasuk isu nafkah dan kes terhadap madunya, Ira Kazar.

Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Sumayyah, 5 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI