fbpx

Kemas rumah kayu 66 tahun sambut kepulangan 50 ahli keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAKSAMANA bersama dua anak lelakinya mengemas bahagian dalam rumah di Kampung Abi Tengah, di sini hari ini.

KANGAR – Seorang guru teruja mengemas rumah kayu warisan berusia 66 tahun bagi menyambut kehadiran 50 ahli keluarganya di Kampung Abi Tengah, di sini hari ini.

Menurut Laksamana Saad, 46, rumah warisan itu adalah peninggalan datuknya dan dia adalah generasi ketiga yang menjaga rumah kayu tersebut.

“Tiada lagi waris tinggal di rumah ini, namun saya yang tinggal bersebelahan akan membersihkan rumah yang akan menjadi tempat ahli keluarga di Kuala Lumpur, Johor dan Kedah berkumpul.

“Kebiasaannya, waris-waris datuk saya, Mahamood Ismail, akan datang berkumpul pada waktu siang pada Hari Raya Aidilfitri pertama,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Tambahnya, dia bersama isteri dan empat anaknya akan membersihkan dan menyusun koleksi lama di rumah pusaka itu yang akan menjadi lokasi penggambaran ahli keluarga besar datuknya itu.

Menurut guru Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan (SK) Panggas itu, waris-waris yang hadir biasanya akan membawa bekalan makanan dan menjamu selera di bawah rumah kayu itu.

“Selain barang-barang tinggalan datuk, saya juga ada membeli dan mengumpul koleksi barangan antik untuk dihias di dalam rumah ini.

“Saya harap tradisi berhimpun yang diamalkan sejak datuk saya masih hidup dapat dikekal pada masa depan dan hubungan silaturahim antara kami dalam keluarga besar akan bertambah erat,” jelasnya.

Tambahnya, rumah kayu lebih separuh abad itu turut diziarahi saudara-mara jauh dari Bangkok, Thailand kerana susur galurnya ada terkait keluarga dari negara Gajah Putih itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI